Kami

Daisypath Anniversary tickers

Doaku...

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran, Ayat 38)

Sunday 6 May 2012

Berurut

Kat KK ni susah nak cari tempat berurut yang betul-betul meyakinkan. Bukan saya cakap tak ada, malah berlambak-lambak adanya tempat refleksologi kat sini. Tapi nak cari yang meyakinkan dan selesa, memang susah. Tempat yang saya pergi ni di Karamunsing iaitu di Taman sang kancil. Akak yang tukang urut ni berumur lingkungan 47-an la..Muda lagi, dan yang paling bestnye kakak ni ada sepasang anak perempuan kembar berumur dalam 2 @ 3 tahun.

Oh ya sebelum saya terlupa, sebelum akak tu urut saya, dia urut anak seorang doktor pakar yang kakinya terseliuh. Akak tu memang baik dengan doktor tu, kawan2 dia pun kebanyakannya dari kalangan doktor dan nurse. Kat siti saya boleh tengok yang akak tu agak meyakinkan dan saya tak ragu-ragu untuk berurut dengannya.

 Akak tu tanya saya ni aktif bersukan ke..saya jawab ye kak..dulu saya main lompat tinggi, lompat jauh, olahraga dan bola jaring..Akak tu cakap patutlah..Saya tanya kenapa..kakak tu jawab "rahim saya senget ke sebelah kanan .." Betapa terkejutnya saya. Mana lah saya tahu kedudukan rahim saya macam tu. Akak tu nampak macam begitu yakin, sebab saya tengok gaya dia urut pun, memang macam berpengalaman.


Saya amat risau, tapi akak tu cakap boleh dirawat lagi, cuma perlu selalu urutlah.. harap2 masalah ni akan cepat selesai. Saya ni kalau boleh sebelum saya balik beraya haji, harapnya ada lah berita gembira.Mungkin saya akan berasa janggal bila kakak ipar saya dah selamat melahirkan baby pun masa tu.. Sedihye bagi saya.tapi saya tetap gembira sebab tu anak saudara pertama saya di sebelah suami saya...



Balik dari berurut tu, saya agak sakit di bahagian rahim tapi tak ada lah sakit yang teramat sangat. Keesokan harinya rasa sakit tu dah berkurangan dan makin hilang rasa sakit tu.


p/s :: Doakan yang terbaik buat saya ya kawan-kawan.Dalam masa yang sama saya juga mendoakan kalian semua...Amin ya rabbal alaminnn..

Tuesday 1 May 2012

Jus Perawan

Bulan ni saya baru cuba minum jus perawan plus collegen..nampak macam best je..tapi tak tahu la sesuai ke tak dengan saya. Harap-harap ada berita gembira nanti. Doakan untuk saya dan kawan-kawan lain juga ya..

Ni sedikit info mengenai jus perawan keluaran D'herbs..

Harga sebotol : Rm36.00 (Harga kat kota kinabalu)

Kalau kat semenanjung murah lagi kot..Boleh dibeli di mana-mana kedai jamu atau gerai-gerai peralatan kecantikan, tapi pastikan yang original tau.


Botol ni 250ml

Kelebihan dan fungsi jus ni :-

1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.

2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.

3) Menyuburkan rahim & peranakkan wanita (baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).

4) Menegang & mencerahkan kulit.

5) Melambatkan proses monopous.

6) Memberikan tenaga dalaman wanita.

7) Meningkatkan sistem imunisasi.

8) Mengurangkan senggugut.

9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri

10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.


Kandungan :-

Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, 

Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle,

 Delima, Kolagen & Air Bertapis.

cara penggunaan :- 

-amalkan dengan mengambil 2 sudu besar jus ni pada pagi dan malam
-kena banyak minum air masak


Elakkan mengambil pada :-
-period
-mengandung



Saya hanya berusaha, berdoa dan bertawakkan..selebihnya saya serahkan kepada Yang Maha Esa.





Sunday 22 April 2012

sakit sebelah kanan perut

Assalamualaikum..Selamat malam..

Malam ni saya masih lagi rasa sakit di bahagian kanan perut (berdekatan dengan pinggang). Sakit macam rasa pedih-pedih semacam je.

Dah lah lutut kanan pun sakit balik. Bulan lepas saya dah berurut dengan Pak Him (ibrahim) . Jiran kampung sebelah mak saya. Sakit yang amat masa dia urut kaki saya. Mula-mula tu saya takut dan segan untuk berurut dengan lelaki, tapi mak dan ayah saya yang beria-ria suruh saya berurut dengan pak him setelah saya beritahu yang saya sakit lutut dan sakit labu betis. Malam tu hubby, kakak saya, mak dan juga ayah saya ke rumah pak him. Mula-mula kakak saya berurut dulu sebab kakak saya tangan dia terkena renjatan elektrik.

Lepas sejam baru giliran saya. Pak him suruh saya meniarap, Isteri pak him hulurkan bantal, bila tangan pak him pegang kaki saya, dia dapat tahu urat kaki saya memang bengkak dan sedang meradang sebab tu lah kaki dan lutut saya asik sakit. Saya kerap memakai heels dan menaik turun tangga apartment dan juga di pejabat (sangat sedih pejabat saya tiada lif). Alhamdulillah lepas berurut kaki tu kemudian saya dah tak sakit lagi..Cuma sekarang datang balik sakit tu.

Sekarang ni langkah berjaga-jaga yang saya ambil sekarang kurangkan penggunaan kasut tumit tinggi. Saya juga yang merana menahan sakitnye bukan orang lain, So terpaksalah. :(

Berbalik kepada cerita saya sakit bahagian bawah kanan perut saya ni..

Saya tak ambil apa-apa minyak panas or uba tahan sakit. Saya hanya biarkan macam tu je. Kalau sakit sangat saya hanya menekan-nekan kat tempat sakit tu.

Kalau esok saya free, saya ingat nak g jumpa doktor kat klinik doktor mustafa, likas. Harap-harap tak ada apa-apa masalah yang luarbiasa. Sebenarnya saya menyedari sakit ni sejak saya balik dari kampung pada 25 Mac 2012. Ya allah lindungilah hambamu ini daripada penyakit-penyakit yang tidak diingini..amin,..

Wednesday 11 April 2012

Miss P atau apakah?

Date : 10th April 2012
Time : 2.35pm

Hubby sedang menunggu saya dekat meja saya, masa tu saya tengah bersiap-siap nak keluar lunch dengan dia. saya ke toilet dulu sebab dari tadi lagi tahan kencing. Masuk je tandas, saya terkejut. Berderau darah saya. saya tengok kat spender berwarna coklat +  kehitaman + kemerahan. saya konfius. saya tengok di seluar kerja saya tu pun dah kotor. saya risau kenapa tiba-tiba pula keluar period (saya hanya mentafsirkan ini period) -merajuk lagi dengan diri sendiri! huhu.

 Lantas, sayamengimbas kembali jadual period saya (dalam toilet tu jgk)

Masa kat kampung (18/3/2012) - cecair yang keluar sama dengan cecair hari ni (10/4/2012) maknanya tempoh saya hanya 23 hari lepas tu datang balik cecair macam ni.  Bertambah risau!

Dengan muka yang cuak, saya keluar dari tandas dan bagitahu kat hubby. Hubby ajak ke klinik untuk scan, saya terus setuju sebab dari haritu lagi memang nak scan kat klinik, cuma tak sempat je. Cepat-cepat saya pergi bagitahu bos saya. Nasib baik bos saya perempuan, dia lebih memahami dan saya pun takde lah segan sangat.

Sebelum ke klinik, kami balik ke rumah dulu. Takkan nak ke klinik dengan seluar kerja saya yang kotor tu. Dah la uniform saya ni kaler off-white. Then kami ke Poliklinik Permai, Indah Permai. saya tak pernah ke klinik ni. Macam mahal sangat. Tapi ada kawan saya cakap ubat kat klinik ni bagus, dia selalu bawa anak dia ke situ dan berbaloi dengan bayarannya.

Mula-mula sampai, saya pergi tanya di kaunter dulu. Doktor tu laki ke perempuan, tapi hanya doktor lelaki kat situ. saya nervous dah. Pastu saya tanye harga pula. Takut mahal sangat (kalau lebih rm50 memang saya g scan kat klinik lain dah. Nurse tu cakap :-

Scan sahaja : RM20
Scan bergambar :RM45

Not bad la kot..? saya ni mana biasa ngan scan-scan ni. saya bagitahu hubby dia cakap ok je.

Masa jumpa doktor tu, Dia tanya apa masalah saya cerita kat dia satu persatu. Siap bawak kalendar period saya lagi. Skema beb. Hehe. Doc tu check tekanan darah saya dia cakap normal. Pastu dia tanya saya nak buat Upt tak, saya cakap tak payah lah sebab kan saya dah check hari sabtu lepas. Pastu saya cakap nak scan je. Dia tanya saya dah nak terkencing ke tak. saya belum lak rasa nak kencing. Padahal sebelum saya sampai tu memang saya ada minum dekat sebotol air mineral.

Kat kaunter menunggu tu, nurse datang dan bagi saya air mineral satu gelas, dan seterusnya 2 gelas hingga ke gelas ketiga. Tak cukup dengan tu hubby bagi saya sebotol air mineral lagi. Bukan main lambat lagi air kencing ni nak keluar. Kalau biasa kejap je dah nak terkencing.

Dekat sejam lebih jugak lah saya tunggu barulah rasa nak terkencing dan saya bagitahu nurse, kemudian saya dibawa masuk ke bilik ultrasound. Hubby dan nurse tu pun ikut sekali. Sebelum ni saya pernah sekali scan kat klinik sihat, jadi saya tak lagi terkejut bila doc tu sapu gel sejuk tu. Hehe. Kemudian doktor mengesahkan saya tidak mengandung. Saya dan hubby juga melihat skrin yang terang dan jelas bahawa saya tak mengandung.

Saya sedih, hampa dan mengharapkan keajaiban berlaku petang tu namun apakan daya tu bukan hak saya untuk memenuhi setiap impian dan cita-cita saya. Tu hak Allah swt yang maha berkuasa. Kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal...

Kesimpulannya : Benarlah tekaan mak su tidak tepat sama sekali. Pengajaran buat saya dan kawan-kawan lain janganlah terlalu berharap dan mudah berangan-angan macam saya ni.. :(

Saturday 7 April 2012

Kecewa lagi

Pagi ni saya bertawakkal, kuatkan semangat. Bangun dan lakukan ujian kehamilan menggunakan UPT cassete yang saya beli malam tadi sewaktu menghantar en.husband ke klinik [kerana beliau demam].

Dan keputusannya.

'
'
'
'
'
'
'
'




-2012 punya-

22/3/2012 : Ujian pertama
7/4/2012 : Ujian kedua 

masih juga sama.
Belum memperolehi keajaiban.
saya hampa.
Kecewa.
Sedih.
Tertekan sangat.

Kenapa mak su?
Kenapa mak su bagi harapan kat saya, en.husband, dan family saya.
Maaflah maksu. Saya tak salahkan maksu. Maksu pun hanya menduga. Bukan salah maksu.
(Nanti saya akan ceritakan siapa Maksu)

En.husband : Sayang, janganlah macam ni. Jangan sedih-sedih. Abang ok je sayang. Jom kita pergi klinik, minta doktor scan.
Saya : Kalau result masih sama? 
En. Husband : Tak apalah, kita boleh cuba lagi.
Saya : Maaf lah Abang. Ayang tertekan. 

Kawan-kawan semua mesti faham kan apa perasaan saya.
Semua simptom-simptom wanita mengandung saya dapat rasa.
Tapi bila buat UPT, satu line je dapat. Sedihnya..

Dan di sini..dalam blog ini..saya akan luahkan perasaan saya. Tak guna saya menangis sebaldi airmata pun. (Padahal mata ni pun dah bengkak hehe)

Saya mesti kuat. Saya tak boleh cepat mengalah.! Bangun! Saya akan berusaha sedaya upaya saya! Kawan-kawan doakan sama ya,, Terima kasih..Sayang kamu semua..

Friday 30 March 2012

Salam perkenalan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t yang memberi keizinan kepada kita untuk terus bernafas dalam dunia-Nya. Amin. Salam perkenalan saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya. Blog ini merupakan blog saya yang ke-3 di mana blog saya yang sebelum-sebelum ni hanyalah blog biasa yang sentiasa berhabuk kerana tiada kelapangan untuk sentiasa meng-update. Insyaallah dengan azam dan nekad yang kuat saya akan berusaha untuk memastikan blog TTC saya kali ni akan terus aktif.

Saya berusia 25 Tahun. Saya telah berkahwin pada 3.2.2011 dan usia perkahwinan saya telah menjejak hampir 1 tahun dan 2 bulan. Sepanjang perkahwinan ini saya masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Mungkin ada di kalangan para pembaca yang merasakan usia perkahwinan saya masih baru namun saya tetap merasakan usaha harus dilakukan dengan lebih gigih di awal-awal perkahwinan. Takkan nak tunggu 6-7 tahun baru nak buat BBT. Tapi ini hanyalah pendapat saya saje. Kalau tak suka maaflah kawan-kawan.

Saya mengalami masalah iaitu sukar untuk mengira hari period (cik P). Kadang-kadang cik P datang awal bulan. Kadang-kadang akhir bulan. Kadang-kadang 2 bulan sekali. Paling lama cik P datang lepas 3 bulan. oh ya, saya sebenarnya memang seorang yang aktif bersukan, dan saya menyertai sukan lompat tinggi dan olahraga semenjak umur saya 10 tahun. Masalah ni seingat saya ianya bermula ketika period pertama saya yang keluar pada usia saya 14 tahun.  Masa tu saya rasa saya lah yang paling tidak subur kerana kawan-kawan lain telah pun period. Tapi saya tidak kisah sangat sebab waktu tu zaman anak dara apa pun saya tak pikir lagi.

cik P saya didatangi dengan senggugut yang agak teruk pada zaman remaja saya. Sehinggakan saya susah untuk berjalan dan membuat kerja sekolah.Namun setelah saya berumur 21 tahun, saya telah merasakan senggugut saya mulai berkurangan dan lama kelamaan makin tiada. Mungkin kerana saya telah mendapat kerja iaitu sebagai seorang anggota beruniform dalam kerajaan malaysia [ tak perlulah saya nyatakan ye.. :) ]  Dengan jawatan yang saya terima tu saya perlu menjalani latihan asas ala ketenteraan selama 4 bulan. Latihan tersebut merupakan latihan yang paling teruk pernah saya alami dan ianya hampir membuatkan berat badan saya turun dari 57kg kepada 51kg.

Kadang-kadang saya terfikir adakah disebabkan latihan tersebut peranakan saya menjadi tidak kuat? Risau sangat bila memikirkan tentang anak.  Tapi takppe, tahun 2012 merupakan tahun yang akan saya usahakan sekuat-kuatnya. Insyaallah ..mogamoga Allah membantu insan-insan yang berusaha dan sentiasa berdoa kepadanya, Good luck kawan-kawan TTC. Janganlah kita berputus asa. Chaiyok..chaiyok....

p/s : nanti saya sambung lagi cerita saya ni ye.. banyak pulak saya membebel takut korang bosan heheee....