Waiting For Two Lines
Luahan hati insan yang lemah..
Doaku...
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa', Ayat 89).
"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran, Ayat 38)

Sunday, 17 March 2013
Saturday, 16 March 2013
Rezeki mata hari ini
Alhamdulillah..
Rezeki mata hari ini..
zoom lagi..
gambar jauh..
zoom dekat lagi...
Nampak tak..?
Harap-harap betul la pandangan mata aku kali ni..
Petang ni nak pegi beli UPT lain lagi..
Nak test banyak-banyak..
Baru nak pegi confirm kat klinik..
Baru boleh bagitau hubby..
Stakat ni aku dah kongsi kegembiraan aku dengan
1. Kak Ha (kak ngah aku)
2. Kak (kak long aku)
3. Kak ika (BFF aku yang aku dah anggap macam kakak aku sendiri)
Doakan aku ya..
Friday, 15 March 2013
cd43
Salam...
Hari ni dah masuk hari ke-43 cycle day aku.Actually aku tak pandai sangat nak kira CD2 ni. Aku main hentam je mengikut kefahaman aku hasil rujukan kat forum ratuhati, harap-harap betul lah. Aku kira dari hari pertama period aku iaitu pada 1 Februari 2013 dikira CD1. So hari ni dah 15 Mac 2013 menjadikan hari ke-43.
Hari ni aku tak kerja sebab malam tadi aku kerja shift malam. bangun je pagi tadi dalam pukul 6.22, aku ke tandas untuk menyucikan diri, selepas buang air aku rasa mual-mual mungkin bau tandas kurang menyenangkan. Maklumlah nama pun tandas pejabat bukan aku seorang je yang guna. Lepas tu kepala aku rasa pening-pening lalat, dan kelaparan melanda lagi.
Sewaktu aku tunggu untuk menukar shift dengan kawan aku, sarapan pagi sudah diagihkan (special duty sebab tu ada disediakan makanan). Aku tengok mee goreng dan telur goreng. Nak muntah aku tengok, sebab mee tu kalau sebelum-sebelum ni katerer tu masak ala-ala kadar je hampir tak masak (mentah).
Dengan pantas aku layan tak layan je tang makan tu coz perut aku kelaparan meminta-minta diisikan dengan big breakfast mcdonalds..ha3 demand kan..Bukan aku yang demand, perut aku yang nak makan mcd hu3..
On the way balik rumah aku drive-thru ke mcdonals sulaman, aku beli big breakfast mc d dan juga ala carte burger ayam..hambek ko..sampai 2 sekaligus..
Sampai je rumah, aku mandi-mandi n makan. sebelum tu aku buat air susu wyeth 16 yang kawan aku kasi kat aku 1 tin. Dia preggy. dia try susu tu tapi tekak dia tak boleh telan, so dia bagi kat aku susu tu. Susu tu bagus untuk kesihatan walaupun khas untuk ibu mengandung tapi bagi TTCians pun ok jugak..
Kemudian aku baring-baring berehat2 ..kepala aku masih pening-pening. Muka pun dah berjerawat..breast masih sakit pada kedua-dua belah,perut pun rase macam nak membuang air besar tapi asyik sembelit je dari smlm lg susah nak uk-uk..huhu...
k lah nak tido jap..huhu..bye..

Tuesday, 12 March 2013
Tanda-tanda
Tanda-tanda yang aku rasa semenjak dua tiga menjak ni..
1) Sakit pada bahagian breast dari 1 Mac 2013 - sekarang (12 Mac 2013)
2) Sakit pinggang - bahagian belakang
3) Senak-senak perut..macam senggugut..
4) kembung perut..kentut2..hehe
5) mual pada waktu pagi..berserta kelaparan yang amat pada waktu pagi
6) cepat lapar dan susah kenyang
7) kering tekaksering dahaga.
8) muntah 1 kali pada 10 mac 2013 - balik kerja..
9) suhu badan tinggi.. sekitar 37.2 darjah celcius..
10) selalu penat..
11) cepat mengantuk.
Dah buat UPT pada 11 Mac 2013 pada pukul 5,30 pagi..disebabkan perasaan mengantuk, aku tengok UPT bawah 3 minit je.lepas tu aku tinggal dalam toilet dan sambung tido..Lepas sejam, pukul 6.30 aku bangun dan tengok reuslt UPT tu ada 1 lagi line yang tak berapa terang..
Confius,.
Berharap agar impian ku tercapai...ya allah...makbulkan lah permintaan ku..

Friday, 25 January 2013
BAtuk, SelesEMA dan PIL HormON
Pagi tadi aku bangun macam biasa, ingatkan nak pergi kerja. Tapi tiba-tiba pula aku rasa badan aku ni lemah sangat. Nak angkat tangan pun rasa berat. Mungkin kesan batuk-batuk dan bersin yang kuat malam tadi yang mengganggu waktu tidur aku kot. Aku cuba sedaya-upaya aku untuk fikir balik kerja apa yang agak penting yang perlu aku selesaikan hari ni kat pejabat, last sekali aku buat keputusan untuk ambil m.c je kat klinik nanti.
Sekitar pukul 9.00 pagi, hubby memberitahu aku yang kawan dia ajak dia main badminton, aku sedikit kecewa kerana hubby tak dapat temankan aku pegi klinik. Selepas aku check suhu pagi tadi dengan menggunakan termometer digital, suhu aku mencecah 36.5' ,,maknanya aku tak demam pun, cuma batuk dan selesema aku ni je yang buatkan badan aku lemah...[sebenarnye ko malas gi keje kan kan kan... :P]
Aku sedapkan hati dengan memberitahu hubby bahawa aku boleh pergi sendiri klinik,lagipun aku malas kacau hubby ngan member-member dia nak main. Ala,macamlah aku tak biasa. Dah selalu sangat pun pergi mana-mana tanpa hubby. Aku kan seorang yang berdikari. {dalam hati sedih gak weii...hehe}
Sesampainya aku kat klinik dr.sofea.aku daftar kat kaunter dan kemudiannya duduk kat ruang menunggu. Masa tu ada 3 orang pesakit lain. Seorang ibu tua, seorang wanita mengandung 9 bulan - [yang ni aku sempat berbual-bual dengan dia..] dan seorang lagi ibu yang ada anak dua. Aku kagum dengan sikap ibu mengandung tadi. Walaupun perut dia sikit masa je lagi nak meletup, dia boleh je berdikari datang sendiri ke klinik sebab suaminya kerja kontrak buat rumah batu, tak ada masa nak hantar dan tunggu dia ke klinik. Dalam hati aku ya allah kuatnye semangat akak ni kalau aku tak tau lah boleh ke tak hadapinya sorang-sorang camtu. Katanya tengah tunggu masa nak bersalin je. Tengok kat perut dia macam besar sangat dah. Tu yang aku cakap nak meletup tu.
Tiba giliran aku, Dr sofea ingatkan aku nak refer dia balik pasal period aku yang irregular tu. Lepas aku bagitau yang aku tak berapa sihat, asyik batuk dan selesema je. Lepas dia check aku :
suhu : 36.6' (tak demam)
tekanan darah : 110 (dr sofea yang cakap..ekceli aku tak bape faham)
tapi tang selesema dan batuk memang aku tak boleh nak cover la malu pun ade coz aku bersin agak kuat, dah macam orang alahan kat bau belacan je..
Selepas memeriksa semua tu, dr sofea bertanyakan kembali kitaran period dan mengenai kehamilan aku. Dah tentu-tentu dia tahu sebab dalam rekod dia yang last skali aku jumpa dia bulan Januari 2012. Sekarang Januari 2013, kalau aku jadi dia pun aku nak tahu jugak macamana situasi patient sekarang. Selepas aku cakap yang aku tak mengandung berdasarkan ujian UPT yang terakhir pada 10 Januari 2013 menggunakan UPT clearblue digital, memang aku yakin yang aku tak mengandung. Namun dr sofea nak check lagi UPT aku sebab katanya UPT boleh dilakukan dalam tempoh 2 minggu sekali.
Aku hanya ikut je pandangan dr sofea sebabnya aku pun nak jugak tau samaada aku ni dah mengandung atau tak. Ya lah memang aku dah bersama ngan hubby selepas aku berurut pada hari subur aku (aku dah cek OPK dan mak cik yang urut aku pun cakap aku tengah subur) minggu lepas.
Sewaktu aku buang air kecil,aku dah rasa yang resultnya mesti jugak negatif. Dan betullah tekaan aku, resultnya tetap sama, negatif. Dr sofea nampak perubahan air muka aku. Mungkin dia faham kesedihan yang aku rasa tu. Tapi aku cuba kawal perasaan tu, kalau ikutkan memang aku nak nangis je tapi macam memalukan lak aku nak nangis depan die hehehehee...
Dr sofea cadangkan aku untuk mengambil pil hormon bagi mengeluarkan period aku yang dah tertangguh selama 4 bulan ni. Pil tu perlu diambil sebanyak 2 biji selama 3 hinga 5 hari. sekiranya hari ke-3 dah period, bolehlah stop makan pil tu. Kata dr sofea lagi selepas period kira dari hari pertama period sehinggalah hari ke-21, dan pada hari 21 tu lah kena datang lagi jumpa dia untuk mengambil sampel air mani untuk check telur. Selepas tu baru lah boleh check keseluruhan samaada aku atau hubby yang bermasalah.
Pemeriksaan ni bukan untuk menunding jari siapa yang bermasalah atau pun tak, pada pandangan aku ni semua usaha awal bagi mendapatkan anak. Siapa yang tak nak anak, takkan nak tunggu dah 10 tahun baru nak pergi check. 10 tahun lagi aku dah 36 tahun. dah tua sangat. Aku nak bagi zuriat kat suami dan keluarga aku kat kampung. Ma dan abah yang menantikan cucu sulung mereka (anak ma dan abah), dan sebelah hubby pula menantikan cucu kedua (mungkin cucu lelaki pula yang diharapkan). Aku perlu buat mereka bahagia. Aku juga turut bahagia sekiranya dikurniakan zuriat sndiri.
Selepas selesai dr sofea bagi nasihat kat aku, aku keluar untuk mengambil ubat dan membuat pembayaran. Jumlah kos adalah RM48.00 ..disertakan ubat batuk, ubat selesema dan pil hormon jenama ......
Balik je kat rumah, bila aku cerita kat hubby dari A-Z, air muka dia nampak lain. Mungkin dia kecewa dengan result UPT aku, tak pun dia tak suka aku terburu-buru jumpa dr sofea untuk membincangkan pasal kehamilan. Sedangkan baru sahaj minggu lepas kami berurut tradisional. Memang aku tak bagitau dia yang aku nak bincang dengan dr sofea pasal kehamilan, sebab aku hanya cakap nak pergi ambil m.c.Tapi bukan aku sengaja pun. dah doktor yang tanya aku dulu pasal ni, takkan aku nak buat tak tahu or buat tak berminat je kan?
Aku tanya da samaada nak makan pil hormon tu atau tak? dia macam tak kasi aku makan, dia takut dah ada isi. Dia bukan tak percaya doktor tapi dia takut sebab doktor pun manusia juga kadangkala ada buat silap. Kan pernah ada dalam forum ratuhati yang test UPT negatif, tetapi mengandung. So dia tak nak kami buat silap dengan bagi aku ambil pil hormon tu.
Aku nekad nak jugak ikut nasihat doktor tu. Sbelum ni doktor ada bagi aku pil perancang untuk menstabilkan period aku, tapi aku tak makan. Sebabnya aku ni sibuk-sibuk tanya orang tu orang ni pendapat mengenai pil perancang dan kebanyakannya tak menggalakkan aku makan pil tu. Katanya bahaya dan menggemukkan. Padahal, tak makan pil tu pun aku gemuk jugak.
Maafkan sayang,abang. Ayang bukan nak berkeras hati. Cuma ayg nak berusaha dulu dengan mendengar saranan doktor. Lepas ni kalau rasa masih tak ok boleh cuba cara lain. Insyaallah, kalau ada rezeki,ada lah bat kita.

Sunday, 20 January 2013
Ya Allah, aku jeles..
Ya allah..Ya tuhanku..kau jauhilah perasaan cemburu aku terhadap berita gembira kawan-kawanku.
Aku tahu sekuat mana aku cuba mengawal perasaan aku daripada cemburu,
perasaan tu tetap akan hadir.
Aku insan yang lemah.
Kawan-kawan TTC aku sahaja yang memahami bagaimana perasaan aku
tiap kali membaca status-status kat facebook.
Gambar-gambar double lines UPT yang diupload..
Gambar-gambar buah-buahan yang isteri mereka mengidam.
Buku-buku merah..
Aku? bila giliran aku pula nak rasa semua tu.
Ya allah..Kuatkanlah semangat aku.
Tabahkan lah hatiku..
Cekalkan jiwa aku untuk menempuhi semua ni..
p/s : tiba-tiba pulak "aku". Huhuhu..

Sunday, 6 May 2012
Berurut
Kat KK ni susah nak cari tempat berurut yang betul-betul meyakinkan. Bukan saya cakap tak ada, malah berlambak-lambak adanya tempat refleksologi kat sini. Tapi nak cari yang meyakinkan dan selesa, memang susah. Tempat yang saya pergi ni di Karamunsing iaitu di Taman sang kancil. Akak yang tukang urut ni berumur lingkungan 47-an la..Muda lagi, dan yang paling bestnye kakak ni ada sepasang anak perempuan kembar berumur dalam 2 @ 3 tahun.
Oh ya sebelum saya terlupa, sebelum akak tu urut saya, dia urut anak seorang doktor pakar yang kakinya terseliuh. Akak tu memang baik dengan doktor tu, kawan2 dia pun kebanyakannya dari kalangan doktor dan nurse. Kat siti saya boleh tengok yang akak tu agak meyakinkan dan saya tak ragu-ragu untuk berurut dengannya.
Akak tu tanya saya ni aktif bersukan ke..saya jawab ye kak..dulu saya main lompat tinggi, lompat jauh, olahraga dan bola jaring..Akak tu cakap patutlah..Saya tanya kenapa..kakak tu jawab "rahim saya senget ke sebelah kanan .." Betapa terkejutnya saya. Mana lah saya tahu kedudukan rahim saya macam tu. Akak tu nampak macam begitu yakin, sebab saya tengok gaya dia urut pun, memang macam berpengalaman.
Saya amat risau, tapi akak tu cakap boleh dirawat lagi, cuma perlu selalu urutlah.. harap2 masalah ni akan cepat selesai. Saya ni kalau boleh sebelum saya balik beraya haji, harapnya ada lah berita gembira.Mungkin saya akan berasa janggal bila kakak ipar saya dah selamat melahirkan baby pun masa tu.. Sedihye bagi saya.tapi saya tetap gembira sebab tu anak saudara pertama saya di sebelah suami saya...
Balik dari berurut tu, saya agak sakit di bahagian rahim tapi tak ada lah sakit yang teramat sangat. Keesokan harinya rasa sakit tu dah berkurangan dan makin hilang rasa sakit tu.
p/s :: Doakan yang terbaik buat saya ya kawan-kawan.Dalam masa yang sama saya juga mendoakan kalian semua...Amin ya rabbal alaminnn..

Subscribe to:
Posts (Atom)