Kami

Daisypath Anniversary tickers

Doaku...

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran, Ayat 38)

Friday 25 January 2013

BAtuk, SelesEMA dan PIL HormON

Pagi tadi aku bangun macam biasa, ingatkan nak pergi kerja. Tapi tiba-tiba pula aku rasa badan aku ni lemah sangat. Nak angkat tangan pun rasa berat. Mungkin kesan batuk-batuk dan bersin yang kuat malam tadi yang mengganggu waktu tidur aku kot. Aku cuba sedaya-upaya aku untuk fikir balik kerja apa yang agak penting yang perlu aku selesaikan hari ni kat pejabat, last sekali aku buat keputusan untuk ambil m.c je kat klinik nanti.

Sekitar pukul 9.00 pagi, hubby memberitahu aku yang kawan dia ajak dia main badminton, aku sedikit kecewa kerana hubby tak dapat temankan aku pegi klinik. Selepas aku check suhu pagi tadi dengan menggunakan termometer digital, suhu aku mencecah 36.5' ,,maknanya aku tak demam pun, cuma batuk dan selesema aku ni je yang buatkan badan aku lemah...[sebenarnye ko malas gi keje kan kan kan... :P]

Aku sedapkan hati dengan memberitahu hubby bahawa aku boleh pergi sendiri klinik,lagipun aku malas kacau hubby ngan member-member dia nak main. Ala,macamlah aku tak biasa. Dah selalu sangat pun pergi mana-mana tanpa hubby. Aku kan seorang yang berdikari. {dalam hati sedih gak weii...hehe}

Sesampainya aku kat klinik dr.sofea.aku daftar kat kaunter dan kemudiannya duduk kat ruang menunggu. Masa tu ada 3 orang pesakit lain. Seorang ibu tua, seorang wanita mengandung 9 bulan - [yang ni aku sempat berbual-bual dengan dia..] dan seorang lagi ibu yang ada anak dua. Aku kagum dengan sikap ibu mengandung tadi. Walaupun perut dia sikit masa je lagi nak meletup, dia boleh je berdikari datang sendiri ke klinik sebab suaminya kerja kontrak buat rumah batu, tak ada masa nak hantar dan tunggu dia ke klinik. Dalam hati aku ya allah kuatnye semangat akak ni kalau aku tak tau lah boleh ke tak hadapinya sorang-sorang camtu. Katanya tengah tunggu masa nak bersalin je. Tengok kat perut dia macam besar sangat dah. Tu yang aku cakap nak meletup tu.

Tiba giliran aku, Dr sofea ingatkan aku nak refer dia balik pasal period aku yang irregular tu. Lepas aku bagitau yang aku tak berapa sihat, asyik batuk dan selesema je. Lepas dia check aku :
suhu : 36.6' (tak demam)
tekanan darah : 110 (dr sofea yang cakap..ekceli aku tak bape faham)
tapi tang selesema dan batuk memang aku tak boleh nak cover la malu pun ade coz aku bersin agak kuat, dah macam orang alahan kat bau belacan je..

Selepas memeriksa semua tu, dr sofea bertanyakan kembali kitaran period dan mengenai kehamilan aku. Dah tentu-tentu dia tahu sebab dalam rekod dia yang last skali aku jumpa dia bulan Januari 2012.  Sekarang Januari 2013, kalau aku jadi dia pun aku nak tahu jugak macamana situasi patient sekarang. Selepas aku cakap yang aku tak mengandung berdasarkan ujian UPT yang terakhir pada 10 Januari 2013 menggunakan UPT clearblue digital, memang aku yakin yang aku tak mengandung. Namun dr sofea nak check lagi UPT aku sebab katanya UPT boleh dilakukan dalam tempoh 2 minggu sekali.

Aku hanya ikut je pandangan dr sofea sebabnya aku pun nak jugak tau samaada aku ni dah mengandung atau tak. Ya lah memang aku dah bersama ngan hubby selepas aku berurut pada hari subur aku (aku dah cek OPK dan mak cik yang urut aku pun cakap aku tengah subur) minggu lepas.

Sewaktu aku buang air kecil,aku dah rasa yang resultnya mesti jugak negatif. Dan betullah tekaan aku, resultnya tetap sama, negatif. Dr sofea nampak perubahan air muka aku. Mungkin dia faham kesedihan yang aku rasa tu. Tapi aku cuba kawal perasaan tu, kalau ikutkan memang aku nak nangis je tapi macam memalukan lak aku nak nangis depan die hehehehee...

Dr sofea cadangkan aku untuk mengambil pil hormon bagi mengeluarkan period aku yang dah tertangguh selama 4 bulan ni. Pil tu perlu diambil sebanyak 2 biji selama 3 hinga 5 hari. sekiranya hari ke-3 dah period, bolehlah stop makan pil tu. Kata dr sofea lagi selepas period kira dari hari pertama period sehinggalah hari ke-21, dan pada hari 21 tu lah kena datang lagi jumpa dia untuk mengambil sampel air mani untuk check telur. Selepas tu baru lah boleh check keseluruhan samaada aku atau hubby yang bermasalah.

Pemeriksaan ni bukan untuk menunding jari siapa yang bermasalah atau pun tak, pada pandangan aku ni semua usaha awal bagi mendapatkan anak. Siapa yang tak nak anak, takkan nak tunggu dah 10 tahun baru nak pergi check. 10 tahun lagi aku dah 36 tahun. dah tua sangat. Aku nak bagi zuriat kat suami dan keluarga aku kat kampung. Ma dan abah yang menantikan cucu sulung mereka (anak ma dan abah), dan sebelah hubby pula menantikan cucu kedua (mungkin cucu lelaki pula yang diharapkan). Aku perlu buat mereka bahagia. Aku juga turut bahagia sekiranya dikurniakan zuriat sndiri.

Selepas selesai dr sofea bagi nasihat kat aku, aku keluar untuk mengambil ubat dan membuat pembayaran. Jumlah kos adalah RM48.00 ..disertakan ubat batuk, ubat selesema dan pil hormon jenama ......









Balik je kat rumah, bila aku cerita kat hubby dari A-Z, air muka dia nampak lain. Mungkin dia kecewa dengan result UPT aku, tak pun dia tak suka aku terburu-buru jumpa dr sofea untuk membincangkan pasal kehamilan. Sedangkan baru sahaj minggu lepas kami berurut tradisional. Memang aku tak bagitau dia yang aku nak bincang dengan dr sofea pasal kehamilan, sebab aku hanya cakap nak pergi ambil m.c.Tapi bukan aku sengaja pun. dah doktor yang tanya aku dulu pasal ni, takkan aku nak buat tak tahu or buat tak berminat je kan?

Aku tanya da samaada nak makan pil hormon tu atau tak? dia macam tak kasi aku makan, dia takut dah ada isi. Dia bukan tak percaya doktor tapi dia takut sebab doktor pun manusia juga kadangkala ada buat silap. Kan pernah ada dalam forum ratuhati yang test UPT negatif, tetapi mengandung. So dia tak nak kami buat silap dengan bagi aku ambil pil hormon tu.

Aku nekad nak jugak ikut nasihat doktor tu. Sbelum ni doktor ada bagi aku pil perancang untuk menstabilkan period aku, tapi aku tak makan. Sebabnya aku ni sibuk-sibuk tanya orang tu orang ni pendapat mengenai pil perancang dan kebanyakannya tak menggalakkan aku makan pil tu. Katanya bahaya dan menggemukkan. Padahal, tak makan pil tu pun aku gemuk jugak.

Maafkan sayang,abang. Ayang bukan nak berkeras hati. Cuma ayg nak berusaha dulu dengan mendengar saranan doktor. Lepas ni kalau rasa masih tak ok boleh cuba cara lain. Insyaallah, kalau ada rezeki,ada lah bat kita.












No comments: