Kami

Daisypath Anniversary tickers

Doaku...

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran, Ayat 38)

Sunday 17 March 2013

Saturday 16 March 2013

Rezeki mata hari ini

Alhamdulillah..

Rezeki mata hari ini..



 zoom lagi..

 gambar jauh..


                                                       
      zoom dekat lagi...


Nampak tak..?

Harap-harap betul la pandangan mata aku kali ni..

Petang ni nak pegi beli UPT lain lagi..

Nak test banyak-banyak..

Baru nak pegi confirm kat klinik..

Baru boleh bagitau hubby..

Stakat ni aku dah kongsi kegembiraan aku dengan 

1. Kak Ha (kak ngah aku)
2. Kak (kak long aku)
3. Kak ika (BFF aku yang aku dah anggap macam kakak aku sendiri)



Doakan aku ya..



Friday 15 March 2013

cd43

Salam...
Hari ni dah masuk hari ke-43 cycle day aku.Actually aku tak pandai sangat nak kira CD2 ni. Aku main hentam je mengikut kefahaman aku hasil rujukan kat forum ratuhati, harap-harap betul lah. Aku kira dari hari pertama period aku iaitu pada 1 Februari 2013 dikira CD1. So hari ni dah 15 Mac 2013 menjadikan hari ke-43.

Hari ni aku tak kerja sebab malam tadi aku kerja shift malam. bangun je pagi tadi dalam pukul 6.22, aku ke tandas untuk menyucikan diri, selepas buang air aku rasa mual-mual mungkin bau tandas kurang menyenangkan. Maklumlah nama pun tandas pejabat bukan aku seorang je yang guna. Lepas tu kepala aku rasa pening-pening lalat, dan kelaparan melanda lagi.

Sewaktu aku tunggu untuk menukar shift dengan kawan aku, sarapan pagi sudah diagihkan (special duty sebab tu ada disediakan makanan). Aku tengok mee goreng dan telur goreng. Nak muntah aku tengok, sebab mee tu kalau sebelum-sebelum ni katerer tu masak ala-ala kadar je hampir tak masak (mentah).

Dengan pantas aku layan tak layan je tang makan tu coz perut aku kelaparan meminta-minta diisikan dengan big breakfast mcdonalds..ha3 demand kan..Bukan aku yang demand, perut aku yang nak makan mcd hu3..
On the way balik rumah aku drive-thru ke mcdonals sulaman, aku beli big breakfast mc d dan juga ala carte burger ayam..hambek ko..sampai 2 sekaligus..

Sampai je rumah, aku mandi-mandi n makan. sebelum tu aku buat air susu wyeth 16 yang kawan aku kasi kat aku 1 tin. Dia preggy. dia try susu tu tapi tekak dia tak boleh telan, so dia bagi kat aku susu tu. Susu tu bagus untuk kesihatan walaupun khas untuk ibu mengandung tapi bagi TTCians pun ok jugak..

Kemudian aku baring-baring berehat2 ..kepala aku masih pening-pening. Muka pun dah berjerawat..breast masih sakit pada kedua-dua belah,perut pun rase macam nak membuang air besar tapi asyik sembelit je dari smlm lg susah nak uk-uk..huhu...

k lah nak tido jap..huhu..bye..


Tuesday 12 March 2013

Tanda-tanda

Tanda-tanda yang aku rasa semenjak dua tiga menjak ni..

1) Sakit pada bahagian breast dari 1 Mac 2013 - sekarang (12 Mac 2013)
2) Sakit pinggang - bahagian belakang
3) Senak-senak perut..macam senggugut..
4) kembung perut..kentut2..hehe
5) mual pada waktu pagi..berserta kelaparan yang amat pada waktu pagi
6) cepat lapar dan susah kenyang
7) kering tekaksering dahaga.
8) muntah 1 kali pada 10 mac 2013 - balik kerja..
9) suhu badan tinggi.. sekitar 37.2 darjah celcius..
10) selalu penat..
11) cepat mengantuk.


Dah buat UPT pada 11 Mac 2013 pada pukul 5,30 pagi..disebabkan perasaan mengantuk, aku tengok UPT bawah 3 minit je.lepas tu aku tinggal dalam toilet dan sambung tido..Lepas sejam, pukul 6.30 aku bangun dan tengok reuslt UPT tu ada 1  lagi line yang tak berapa terang..

Confius,.

Berharap agar impian ku tercapai...ya allah...makbulkan lah permintaan ku..