Kami

Daisypath Anniversary tickers

Doaku...

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Al-Anbiyaa', Ayat 89).

"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau Sentiasa Mendengar (Menerima) do'a". (Ali-Imran, Ayat 38)

Friday 30 March 2012

Salam perkenalan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t yang memberi keizinan kepada kita untuk terus bernafas dalam dunia-Nya. Amin. Salam perkenalan saya ucapkan kepada semua pengunjung blog saya. Blog ini merupakan blog saya yang ke-3 di mana blog saya yang sebelum-sebelum ni hanyalah blog biasa yang sentiasa berhabuk kerana tiada kelapangan untuk sentiasa meng-update. Insyaallah dengan azam dan nekad yang kuat saya akan berusaha untuk memastikan blog TTC saya kali ni akan terus aktif.

Saya berusia 25 Tahun. Saya telah berkahwin pada 3.2.2011 dan usia perkahwinan saya telah menjejak hampir 1 tahun dan 2 bulan. Sepanjang perkahwinan ini saya masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Mungkin ada di kalangan para pembaca yang merasakan usia perkahwinan saya masih baru namun saya tetap merasakan usaha harus dilakukan dengan lebih gigih di awal-awal perkahwinan. Takkan nak tunggu 6-7 tahun baru nak buat BBT. Tapi ini hanyalah pendapat saya saje. Kalau tak suka maaflah kawan-kawan.

Saya mengalami masalah iaitu sukar untuk mengira hari period (cik P). Kadang-kadang cik P datang awal bulan. Kadang-kadang akhir bulan. Kadang-kadang 2 bulan sekali. Paling lama cik P datang lepas 3 bulan. oh ya, saya sebenarnya memang seorang yang aktif bersukan, dan saya menyertai sukan lompat tinggi dan olahraga semenjak umur saya 10 tahun. Masalah ni seingat saya ianya bermula ketika period pertama saya yang keluar pada usia saya 14 tahun.  Masa tu saya rasa saya lah yang paling tidak subur kerana kawan-kawan lain telah pun period. Tapi saya tidak kisah sangat sebab waktu tu zaman anak dara apa pun saya tak pikir lagi.

cik P saya didatangi dengan senggugut yang agak teruk pada zaman remaja saya. Sehinggakan saya susah untuk berjalan dan membuat kerja sekolah.Namun setelah saya berumur 21 tahun, saya telah merasakan senggugut saya mulai berkurangan dan lama kelamaan makin tiada. Mungkin kerana saya telah mendapat kerja iaitu sebagai seorang anggota beruniform dalam kerajaan malaysia [ tak perlulah saya nyatakan ye.. :) ]  Dengan jawatan yang saya terima tu saya perlu menjalani latihan asas ala ketenteraan selama 4 bulan. Latihan tersebut merupakan latihan yang paling teruk pernah saya alami dan ianya hampir membuatkan berat badan saya turun dari 57kg kepada 51kg.

Kadang-kadang saya terfikir adakah disebabkan latihan tersebut peranakan saya menjadi tidak kuat? Risau sangat bila memikirkan tentang anak.  Tapi takppe, tahun 2012 merupakan tahun yang akan saya usahakan sekuat-kuatnya. Insyaallah ..mogamoga Allah membantu insan-insan yang berusaha dan sentiasa berdoa kepadanya, Good luck kawan-kawan TTC. Janganlah kita berputus asa. Chaiyok..chaiyok....

p/s : nanti saya sambung lagi cerita saya ni ye.. banyak pulak saya membebel takut korang bosan heheee....